Erti Cryptocurrency
UPDATED 23 AUG 2017 – BY LOANSTREET

Liputan pihak media global tentang isu Bitcoin, dan juga cryptocurrencies secara amnya, telah dicetuskan oleh isu-isu negatif yang berkenaan penyalahgunaan cryptocurrencies dalam pembayaran untuk tindakan dan perdagangan yang menyalahi undang-undang, serta keruntuhan sesetengah pemain utama dalam industri Bitcoin (terutamanya kegagalan Mt Gox, salah satu syarikat pedagang Bitcoin yang terkemuka). Walauppun dengan persepsi negatif media, nilai matawang bitcoin meningkat sehingga AS$500 seunit pada 1Jun 2014 dan akan terus meningkat pada masa hadapan. Harga bitcoin hampir mencecah separuh auns emas.
Untuk memahami lebih dalam bagaimana Bitcoin dan (cryptocurrencies secara amnya) menjadi begitu bernilai, dan impak pada sistem pemindahan wang global, kita perlu memahami apa itu matawang, apa itu wang dan bagaiman sistem ekonomi dunia berfungsi (ataupun sepatutnya berfungsi). Artikel ini akan memberi perspektif untuk mengetahui kuasa sebenar cryptocurrencies
Teori Microekonomi dan Praktis
Secara asasnya, semua transaksi dagangan , komersial mahupun perbankan berlaku apabila individu sedar, secara sendiri tidak mampu untuk menyediakan semua keperluan secara sendiri. Kita boleh menukarkan perkhidmatan atau barangan yang dihasilkan oleh diri sendiri dengan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak lain. Ini berlaku melalui sistem Barter. Contohnya, Seekor lembu boleh ditukarkan dengan beberapa ekor ayam . Wang, sebagai satu medium yang diterima sebagai unit pertukaran menggantian sistem barter yang telah lapuk
Menggunakan Cryptocurrencies
Hampir keseluruhan matawang yang berada di dunia ini adalah berasaskan matawang fiat . Ayat diatas membawa maksud dimana nilai wang itu tidak ditentukan oleh ciri fizikal seperti kecantikan, keunikan ataupun disokong dengan sesuatu ciri yang lahiriah. Tetapi nilai wang itu ditentukan oleh perakuan dari kerajaan. Bagi sesebuah negara yang memilik matawang tunggal, terdapat 2 impak, iaitu sumber wang itu berpunca dari pengeluar , dan pengeluar wang memiliki kuasa mutlak terhadap ekonomi negara tersebut. Terbaru, kita dapat melihat bank pusat Amerika dan Eropah cuba keluar dari krisis kewangan melalui quantitative easing ataupun secara mudahnya , keluarkan lebih banyak wang.
Bagi sesetengah pihak , langkah ini memberitahu bahawasanya matawang fiat tidak bernilai, pernyataaan yang benar pada secara fizikalnya
Apakah yang menyebabkan cryptocurrencies menjadi sangat bernilai? Sepertimana matawang digital yang lain , semuanya berasaskan konsep sama yang digunakan oleh Bitcoin. Bitcoin wujud sebagai kod computer, seolah olah sama seperti dengan matawang fiat . Tetapi pengeluaran Bitcoin adalah sangat sukar (proses ini dipanggil melombong Bitcoin) Bitcoin juga terhad untuk pengeluaran. Konsep ini menyamai logam berharga, juga sangat sukar untuk diperolehi dan mempunyai amaun yang terhad. bitcoin juga amat sukar untuk diduplikasi. Bitcoin disimpan dalam wallet dan boleh dipindahkan secara maya tanpa melalui pihak ketiga dan secara percuma
Pemahaman lanjut tentang cryptocurrencies adalah diluar tajuk perbincangan, secara asasnya berikut adalah ciri ciri yang kita perlu faham mengenainya
1. Cryptocuurencies diterima sebagai medium pembayaran maya , tetapi ada organisasi fizikal menerima pembayaran melalui saluran ini
2. Cryptocurrencies adalah tidak beridentiti. Sekiranya langkah berjaga jaga diambil, adalah hampir mustahil untuk membuktikan bitcoin tersebut diperolehi secara tidak sah, dan adalah sangat sukar untuk mengetahui pemilik asal Bitcoin, Penjenayah membuat beribu wallet untuk mengaburi mata pihak berkuasa
3. Sekiranya berlaku kecurian , matawang Bitcoin boleh diperolehi semula. Berbeza dengan matawang fizikal yang akan lenyap apbila dicuri
4. Disebabkan tidak ada badan yang mengendali matawang digital, adakalanya melanggar undang undang organisasi yang lain
5. Shingga Mei 2014, terdapat lebih 275 matawang digital untuk didagangkan . Pemain utama ialah Bitcoin , dan Namecoin, Litecoin, Dodgecoin, Peercoin dan mastercoin
5 benda yang anda mungkin tak tahu pasal KWSP
UPDATED 30 JAN 2018 – BY LOANSTREET

Tiap kali hujung bulan, rakyat di seluruh dunia bergembira – walaupun hanya sementara – sebab gaji dah masuk, lepas tu mengalir keluar macam air terjun. Nasib baiklah ada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) di Malaysia yang memastikan gaji bersih yang anda bawa balik adalah lebih sedikit dari sepatutnya, tapi ada sebabnya.
KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang buat hari tua. Selain daripada skim pencen, apa lagi yang anda boleh jangkakan daripada akaun yang wajib disumbangkan ini? Berikut merupakan 5 perkara yang mungkin boleh membantu anda dalam memahami skim ini.
1) Bukan gaji anda sahaja yang disumbangkan kepada KWSP.
Cuba tengok betul-betul slip gaji anda dan anda mungkin akan perasan bahagian “Employer’s EPF” (rujuk kepada contoh slip gaji di bawah). Ini kerana kebanyakan syarikat adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk menyumbang kepada akaun KWSP anda, jadi makin bertambahlah duit pencen anda.
Kadar bagi majikan adalah dihadkan kepada tambahan 13% daripada gaji kasar anda (jika anda mendapat gaji di bawah RM5000) atau 12% (jika anda mendapat gaji lebih RM5000). Jadi jika anda rasa duit anda banyak dipotong kerana KWSP, sebenarnya anda menyimpan sebanyak 11% (atau 8%), malah dapat tambahan sebanyak 13% (atau 12%)!

2) Anda boleh memilih untuk meningkat jumlah sumbangan anda.
Walaupun Kerajaan telah merendahkan kadar minimum simpanan KWSP kepada 8% (sebelum ini ianya 11%), anda masih boleh memilih untuk menyumbangkan pada kadar yang lebih tinggi.
Contohnya, jika anda hendak menyumbang 80% daripada gaji anda kepada KWSP setiap bulan, tiada siapa dapat menghalang anda! Namun, anda perlu ingat dua perkara ini sebelum membuat pilihan yang sebegitu drastik: perbelanjaan bulanan anda dan juga risiko menyalurkan kesemuanya kepada satu bentuk pelaburan sahaja.
Jika anda tidak mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain, 80% yang disumbangkan daripada gaji anda kepada KWSP mungkin akan menyebabkan anda tidak cukup wang tunai untuk perbelanjaan harian. Selain itu, melaburkan sebahagian besar daripada gaji anda kepada satu ekuiti adalah satu risiko yang besar, kerana portfolio yang dipelbagaikan boleh membantu anda mengurangkan risiko kerugian dan meningkatkan hasil pendapatan.
3) Anda boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan wang daripada akaun KWSP anda.
Selagi anda pencen pada umur 55 tahun, anda boleh melakukannya dengan mudah. Walau bagaimanapun, ia bukannya satu-satunya cara untuk mengeluarkan simpanan anda. Anda tahu tak ada 17 jenis pengeluaran yang anda boleh pilih? Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji, walaupun ada sesetengah orang memilih untuk tidak menggunakan cara ini.
Menurut pengarah eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, “Perlu diingatkan yang simpanan KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan pencen, bukannya pelaburan. Prinsip menyimpan wang dalam KWSP adalah untuk memastikan ada wang yang cukup bila ahli-ahli bersara, dan mereka perlu melihat kepada jalan lain buat pendidikan atau perumahan, seperti Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi.”
4) Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran daripada ‘Akaun Emas’.
Jika anda masih lagi bekerja selepas umur 55 tahun dan tak pernah terdengar pun mengenai inisiatif ini, anda duduk bawah tempurung ke? Gurau je; inisiatif ini merupakan peningkatan kepada skim KWSP sedia ada untuk menangani isu simpanan yang tidak mencukupi selepas persaraan. Kesemua sumbangan selepas umur 55 tahun akan diletakkan di bawah dana pencen kedua ini.
Ketua pegawai eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dipetik mengatakan yang “dana tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencecah umur 60 tahun, untuk memastikan mereka mempunyai pinjaman pencen yang cukup pada umur tersebut. Pada umur 60 tahun, pinjaman ahli pada kedua-dua akaun akan digabungkan bagi tujuan pengeluaran.
Kemudiannya, pengeluaran penuh adalah dibenarkan mengikut pilihan ahli. Apa yang menarik, had bagi bayaran dividen telah dinaikkan daripada umur 75 ke 100 tahun untuk membolehkan ahli terus menyumbang kepada akaun simpanan KWSP mereka, lantas memanfaatkan hasil gabungan daripada dana yang tinggal dalam akaun mereka.
5) Bukan dividen sahaja kelebihan yang ada pada KWSP.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain yang anda boleh manfaatkan daripada simpanan KWSP seperti kami senaraikan di bawah ini.
a. Dividen: Kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan adalah 2.5% dan akan dibayar kepada setiap pemegang KWSP. Walaupun kadar tersebut rendah bunyinya, perlu diingat bahawa sekitar satu dekad ini, kadar tersebut berada pada paras yang sihat iaitu purata 5 ke 6% setahun. Dividen akan dikira berdasarkan baki harian secara agregat.
b. Ketidakmampuan dan kematian: Bila seorang pemegang diisytiharkan tidak mampu untuk bekerja ataupun meninggal dunia, pemegang atau warisnya akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ini bukan datang daripada akaun pemegang, sebaliknya daripada perbadanan KWSP sendiri untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penerima atau keluarganya.
Bayaran bagi ketidakmampuan adalah RM5000 manakala bagi kematian adalah RM2500. Kedua-duanya tertakluk kepada syarat-syarat KWSP, contohnya tarikh permohonan dan umur pemegang.
c. Pengecualian cukai: Akhir sekali, tahukah anda yang sumbangan KWSP anda boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun? Ini juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang anda dapat dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada cukai!
c. Pengecualian cukai: Akhir sekali, tahukah anda yang sumbangan KWSP anda boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun? Ini juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang anda dapat dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada cukai!

No comments:
Post a Comment